Wednesday, December 05, 2012

Di sYUrGa-NYA


1- Untuk mendapat sebuah ISTANA di SYURGA
Sebuah ISTANA akan di bina oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali (10x) ikhlas kerana Allah.

2- Untuk mendapat TAMAN di SYURGA
Sewaktu Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki yang sedang bersenang-lenang di taman syurga. Apabila Rasulullah bertanya kepada malaikat dan ia menjawab lelaki itu sering membuang sesuatu di jalan untuk kepentingan muslim.

3- Enam golongan hamba Allah yang akan mendapat RUMAH di SYURGA,
1)     Mendirikan solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaat.
2)   Membina masjid walaupun hanya sebesar sarang burung kerana Allah.
3)    Membantu orang dalam kesusahan.
4)   Orang yang redha dengan kematian anaknya dengan ucapan
                               i.            Inna lillahi wa inna ilaihi roji‘un.
                             ii.            Alhamdulillah.
5)    Tiga golongan yang akan diberi beribu-ribu kebaikan, diampunkan beribu-ribu dosa dan mendapat rumah di dalam syurga.
                               i.            Meninggalkan cakap bohong walaupun bergurau.
                             ii.            Seseorang itu bersabar dan tidak membalas dendam (sifat pemaaf).
                          iii.            Seseorang yang mempunyai akhlak mulia.
6)    Apabila masuk ke pasar dengan membaca doa.

4- Tiga golongan hamba Allah yang akan mendapat BILIK di SYURGA
1)     Orang yang menjaga perkataannya (pertuturan).
2)   Memberi makan kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada fakir miskin.
3)    Orang yang sentiasa menjaga solat malamnya (tahajjud).

5- Tujuh golongan hamba Allah yang akan mendapat NAUNGAN ARASY AR-RAHMAN,
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
1)     Pemimpin yang adil.
2)    Pemuda yang hatinya cinta kepada masjid.
3)    Pemuda yang sering mengabdikan diri kepada Allah.
4)   Orang yang menangis akan dosa-dosanya kerana takut kepada Allah.
5)    Lelaki yang menolak apabila diajak berzina oleh wanita kerana takut kepada Allah.
6)    Dua sahabat yang saling mencintai dan mereka bertemu dan mempisah kerana Allah.
7)    Orang yang bersedekah dengan merahsiakannya.


No comments:

Post a Comment