ni hari pertama selepas smp kat Melbourne...
sesampai aje kat Airport Melbourne a.k.a Tullamarine Airport tu.. tros amik Skybus ke Southern Cross Station sbb nk ke hotel yg ada kat bandar Melbourne tu. kat area otw ke Skybus Station tu ade aje simkad2 yg boleh dibeli.
Simkad - 40$AUD utk pakai seminggu.
Skybus - 36$AUD utk return. (so kena simpan)
sblm ni klau buat case study nk ke sana Skybus dlm 30$AUD utk return ada diskaun.. sekarang dah xde dah.. mmg bayar full utk satu jalan pn dah 18$AUD.
sesampai aje kt Southern Cross Station tu, igtnye nak amik giliran pengangkutan bas ke hotel. tp rupa2nya Hotel Backpacker tu dekat sesangat la dengan SouthernCross Station tu. lima minit dah boleh sampai katanya. tp kn sbb first time n sensorang pulak tu travel. First time ever bermula ni.
Mau tak sesat. dari 5 minit tu boleh jadi smp 35 minit sebab salah jalan. org soh belok kanan, ko pi belok kiri.. smp la ke La Trobe Street. mmg sesat la kau. pas tanya2 org kat situ n kaji jln2 kat situ. barulah smp ke hotel yg mmg x jauh pun sebenarnya. sesat aje lebih.
sepanjang perjalannan kat sana tu memang jumpa mcm2 la kn smp speechless la kn. x terkata. impian nak ke Melbourne tu jd kenyataan. mmg teruja tak terkata n Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
masa lalu kat situ, Cina Town tu tutup. mgkn malam aje bukak.
kat sini laluan Street Art. nampak la conteng2 kat dinding ni. kat belakang bangunan.. nampak serabut tapi tu lah yang dipanggil seni. memang la teruja dpt lalu wlpn bersepah sedikit. nama pun blkg kedai.
ada aje org dok tepi jalan jadi 'Penghibur Jalanan'
ni kat Federal Square. smp sini pun speechless gak. mmg teringin la kan. boleh smp ke sini pun sebab sesat gak. CikSeri ni kalau tak sesat tu mmg tak sah lah kan. cara CikSeri sng x sng la kn. mmg susa. Kalau tak sesat tak tahu jalan. first time plak tu.
Melbourne Visitor Centre. da smp sini mmg teruja. dulu2 mase study kt poly dulu ada buat case study pasal Information Centre ni. tak sangka boleh sampai sini. tapi rugi sebab tak masuk. penat sgn masa tu sbb sesat manjang.