hati oh hati...!
kenapa hati itu sering berkata
mengapa hati itu sering berbicara
kenapa hati itu sering menyata
mengapa hati itu sering bertanya
bagaimana pula bila hati sering terdetik walau seketika
duhai hati...!
kenapalah hati itu sering berdegil
hati sering menidak
tetapi
akal sering menggerakkan fizikal dan mental
apabila hati mula mengaku
akal pula cuba menafikan segalanya
wahai hati...!
betapa hati itu sukar untuk di mengertikan
betapa hati itu sukar untuk difahami
betapa hati itu sukar untuk menerima
betapa hati itu sukar untuk dileburkan
alahai hati...!
mengapa bila mulut itu mengata maaf tetapi hati itu sukar menerima
mengapa bila mulut itu mudah berbicara tetapi hati itu sukar melepaskan segalanya
mengapa bila hati itu mudah menutur tetapi akal itu sukar
mengapa bila hati itu menyusul tetapi bibir itu terkunci rapat
mengapa hati mudah terasa
mengapa hati itu mudah terluka
mengapa hati itu mudah percaya
mengapa hati itu mudah berkata
segalanya memang mudah jika mahu di ikutkan kata hati...
tetapi
kenapa akal itu sering menolak
kenapa mulut itu sering menepis
kenapa fizikal itu sering mengelak
kenapa fikiran itu sering menafikan
segala yang mahu dilepas dan diluahkan tidak akan kesampaian...
renungan alam itu menenangkan hati
ketenangan alam itu mendamaikan jiwa
kedamaian alam itu memberi satu nikmat
kenikmatan alam itu hanya dapat dirasai oleh hamba-Nya yang sering mengucap SYUKUR
kesyukuran itu penting untuk setiap hamba-Nya untuk mendambakan RAHMAT
kerahmatan itu hanya diperleh pada yang memberi kesungguhan
adakalanya hati itu sering mengajar erti hidup
adakalanya hati juga perlu belajar untuk memperluaskan pengalaman
adakalanya hati itu memberi pengajaran terhadap kesalahan
adakalanya hati itu memperbaiki kesalahan berdasarkan apa yang di lalui




No comments:
Post a Comment