Tuesday, August 02, 2011

SaLaM RaMaDaN ^_^



di bulan yang mulia ni jgn lupe pose tau... pose tu rukun islam yang ke tiga dan wajib kita laksanakan.... berpose disiang hari itu WAJIB jadi lebih baik dan bagus ditambahkan dengan amalan amalan yang sunat di situ seperti TADARUS AL-QURAN, TAZKIRAH, berada di MAJLIS ILMU, SOLAT TERAWIH (SUNAT dilakukan sebanyak 8 rakaat 4 kali salam), BERSEDEKAH dan mcm2 lg la sbb amalan SUNAT itu luas seluas luasnya....

kalau dah ada yang WAJIB dan SUNAT... sudah semestinya adayang HARAM dan MAKRUH...
dan yang itulah yang membuatkan aku paling risaw.... sbb manusia ni yang HARAM dan MAKRUH itulah yang nak dibuatnya... mmg tak diafikan.... HARAM melakukan MAKSIAT di bualnn yang mulia ini.. HARAM melanggar perintahnya untuk berpuasa.... berdosa kalu seseorang itu MENGAKU ISLAM DAN MUSLIM tetapi tidak berpuasa... kalau dah pose itu rukun yang ke tiga, yang pertama dan dua itu lepas atau pun tidak???? tepuk dada tanyalah diri sendiri...

yang akhir skali ialah yang HARUS bagi semua makluk ALLAH di muka bumi yang indah ini... sememanginya muka bumi ini indah sbb dihiasi dengan masa yang sudah disusun olehNYA... seperti bangun SAHUR, SOLAT LIMA WAKTU, IFTAR dan BERSYUKUR kepadanya...


" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)
" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasabulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)

No comments:

Post a Comment