setiap detik jarum jam yang bergerak dari saat ke saat,
aku sering melihat kejadian, cerita, babak, drama dunia di akhbar.
tanpa henti semuanya berlaku,
tanpa diduga semuanya terjadi,
tanpa terfikir dengan kejadian,
segalanya dikatakan luar dugaan.
seringkali aku terfikir,
bagaimana seseorang itu menggelarkan dirinya manusia?
kerana apakah dia dikatakan manusia?
mengapakah dia dipanggil manusia?
sebab apakah dia mempunyai akal fikiran seperti manusia?
mugkinkah jawabnya,
"sebab aku bukan binatang"
"sebab aku bukan malaikat"
"sebab aku punya anggota badan manusia"
"sebab aku boleh berfikir"
"sebab aku punya hati dan perasaan"
"sebab aku boleh melakukan apa sahaja selagi mana aku bergelar manusia"
tetapi mengapa perlu ada.....
yang menangis?
yang gembira?
yang sengsara?
hasat dan dengki?
rasuah?
fitnah?
pergaduhan?
pembunuhan?
sangka baik dan buruk?
adakah semua kerana....
terlalu ikutan kata hati yang sering berkata-kata?
terlalu ikutkan perasaan yang sering menggerak-gerakkan naluri,
mungkin dengan hasutan orang lain?
mungkin ugutan yang mendesak?
ataupun ada yang menjadi batu api?
melihat perilaku orang lain, boleh dijadikan ingatan
melihat keburukan seseorang, boleh dijadikan sebagai pengajaran
melihat kelemahan seseorang, boleh dijadikan teladan,
melihat pengalaman orang lain, boleh menjadikan diri lebih matang.
pergaduhan bukan diselesaikan dengan perdebatan,
perdebatan bukan penyelesaian untuk pergaduhan.
perebutan bukan diselesaikan dengan undian
undi- mengundi bukan penyelesaian untuk perebutan.
bunuh-membunuh bukan diselesaikan dengan membunuh
pembunuhan kejam, zalim, sadis bukan penyelesaian untuk melepaskan diri.
membunuh juga bukanlah salah satu keselamatan
ini semua adalah kerana...
walaupun tiada mata yang melihat, ada Yang Maha Melihat,
jika tiada siapa yang tahu, ada Yang Maha Mengetahui,
tindak-tanduk manusia sering diperhatikan oleh orang sekeliling,
tak perlu direbut kuasa dunia kerana ianya hanyalah kuasa untuk menguasai dunia,
tiada besar kuasa dunia itu kerana kuasa dunia itu penyebab
untuk memfitnah, untuk menzalimi, untuk keseronokan yang tak kekal, untuk menunjukkan diri demi kehebatan.,
tiada yang lebih hebat dari Yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment