Friday, November 25, 2011

^_^ jOm baCE



^_^ jOm baCE

Pedoman Kehidupan
  • Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya,  dia  akan terjerumus.
  • Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.
  • Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu,  dia akan tertipu.
  • Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.
  • Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

Pengorbanan
Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.
Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.
Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.
Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.
Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Pengalaman
  • Seni hidup adalah seni menggunakan pengalaman, pengalaman anda sendiri, dan pengalaman orang lain.
  • Pengalaman adalah pelajaran yang berat kerana ia memberikan ujiannya terlebih dahulu dan pelajarannya kemudian.

Friday, November 18, 2011

pOrTfOLiO dEsiGN 2 - 161111

akhirnya habis gak aku belajar sem ini... semester akhir... semanga berkobar-kobar aku menghabiskan pembelajaran aku....INSYA' ALLAH lepas ni bleh smbg integrasi plak... doa yg terbaik taw... nk berhadapan ngn byk perkara yg jauh lebih mencabar plak nih... 















Saturday, November 05, 2011

FiNaL ExaM.... TaKuT tU....!!!!

AKIRNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
final smp jugak... ceh.. gaye tuh mcm snang aje nk ngadap final tuh.... aku gak yg menangis t ble msk exam x pown port folio... mmg seram.. tigal semigu aje lg..... KB blom study lg... port folio pown wat aku risau.. bukan aje lecturer polipd tgk.... panal dari poli laen pown ade gak....






Friday, November 04, 2011

FiEsTa SiSWa SiSwi 291011

FIESTA SISWA SISWI...
kali ni kami buat majlis ni kat dewan wawasan polipd... bile dgr wat kt dewan mesti formal kn... tp kali ni kami buat kelainan sket.... dengan bertemakan CAHAYA SERIBU KENANGAN... mmg betul2 byk gimik yg boleh dijadikan antara 1000 KENANGAN utk disimpan... kali ni lmbat plak post nyer.... tenet prob sket...
kiranya mlm tu mmg berpuas hati sgt2... berjaya juga kami buat fiesta ni dengan seronok untuk pelajar kamsis